Pengurusan Stress


Stres atau tekanan merupakan sesuatu yang diperlukan oleh seseorang untuk dapat berfungsi dengan baik dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan akan memberikan kesan yang negatif terhadap kestabilan emosi, kognisi serta tingkah laku seseorang.

Stres yang berpanjangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan ulser. Seseorang itu juga akan merasa stres apabila tuntutan persekitaran melebehi kemampuan individu.

Ketidakbolehan menghadapi tuntutan persekitaran menyebabkan seseorang berasa kecewa, rendah diri, kurang yakin akan kebolehan diri, kurang motivasi dan murung yang berpanjangan.
Penghargaan diri yang rendah dilihat sebagai satu hasil stres. Semakin banyak tugasan harian yang tidak boleh diselesaikan semakin merasakan diri tidak berguna, yang membawa kepada semakin rendah keupayaan menangani stres.

Justeru, seseorang yang mengalami stres seharusnya berusaha mencari punca stres dan mengetahui tahap stres yang dialami, serta cuba memahaminya sebelum mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri.

Pelbagai kaedah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan stres.
YJN ada menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dapat membantu individu mengenalpasti stres, pengukuran stres dan tahapnya, dan menghindarkan aspek-aspek stres yang negatif.

YJN juga ada menyediakan latihan serta kursus Pengurusan Stres. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti sama ada sesi bimbingan dan kaunseling atau sesi perbincangan individu/kelompok dan sesi latihan pengurusan stres bolehlah mnghubungi berikut:

KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

APAKAH KHIDMAT KAUNSELING?

Kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik berasaskan ilmu dan prinsip psikologi tentang manusia agar lebih memahami diri dan persekitarannya ke arah memperoleh satu keputusan untuk menyelesaikan masalahnya dan menyesuaikan diri dengan baik.

 

TUJUAN KAUNSELING

  • Untuk membangunkan potensi diri dan kematangan sosial klien.
  • Untuk membolehkan klien lebih bertanggungjawab, bebas dan mampu meguruskan diri dalam menentukan tingkah lakunya.
  • Untuk mengubah sikap dan pemikiran klien supaya lebih terbuka, sistematik dan mampu membuat pilihan yang sesuai bagi dirinya.
  • Untuk membantu klien mengatasi gangguan emosi, mencapai kekuatan diri dan kepuasan hidup selaras dengan nilai moral, agama dan norma masyarakat.
  • Untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran dan cabaran baru.

 

JENIS-JENIS KAUNSELING YANG DITAWARKAN OLEH YJN

 

1. KAUNSELING KELUARGA

  • Penting dalam menjamin keharmonian hidup berkeluarga. Berlakunya perubahan dalam pembentukan, peranan dan fungsi keluarga. Perubahan ini diikuti dengan masalah sosial dan psikologikal yang berkait rapat dengan kehidupan moden. Faktor ini adalah berpunca daripada pergeseran dan keretakan rumahtangga atau keluarga akibat kegagalan suami, isteri dan semua anggota keluarga yang terlibat mewujudkan hubungan yang berkesan. Justeru itu, timbulnya keperluan kaunseling keluarga di mana pendekatan menumpukan pada cara mengesan di mana fungsian keluarga mengalami kekusutan.
    • SKOP KAUNSELING KELUARGA
      • Pra-perkahwinan
      • Perkahwinan dan Perceraian
      • Perkembangan Remaja
      • Ketuaan (aging)

 

2. KAUNSELING PRA-PERKAHWINAN DAN PERKAHWINAN

  • Persediaan perkahwinan bagi melengkapkan diri sebelum menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan adalah penting bagi mengelak krisis atau konflik rumahtangga. Sesi bimbingan dan kaunseling ini memberikan persediaan sebelum berkahwin daripada segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan emosi bagi membolehkan pasangan menempuh liku-liku hidup suami isteri pada masa hadapan.

 

3. KAUNSELING KESEJAHTERAAN WANITA

  • Wanita berperanan sebagai ibu, isteri dan pekerja. Maka, tidak dapat disangkal lagi wanita bertanggungjawab hampir sepenuhnya terhadap keluarga dan penjagaan anak walaupun mereka mencapai kejayaan dan mempunyai komitmen kerjaya. Sesi bimbingan dan kaunseling yang disediakan oleh YJN kepada kaum wanita adalah seperti berikut:
    • Tekanan kerja/Rumahtangga dan Burnout
    • Konflik dan krisis rumahtangga dan kerjaya
    • Stres, distres, depresi dan tahap lesu
    • Penderaan isteri
    • Ibu tunggal

 

4. KAUNSELING KEIBUBAPAAN (PARENTING)

  • Kaunseling keibubapaan bertujuan membimbing ibu bapa menyediakan anak-anak hidup cemerlang, berfaedah dan bahagia dalam masyarakat. Anak-anak diajar dengan survival skills hidup dalam masyarakat. Ini akan dapat membantu mengurangkan tekanan (stress) di kedua-dua pihak dan membentuk suasana bahagia dalam rumahtangga.

 

Untuk keterangan lanjut dan temujanji sila hubungi:

Cik Nadia

Tel Pejabat: 03-77733500

Tel HP & WhatApp : 011-19303689 (Cik Nadia)

Email: jabalnurfoundation@gmail.com