Bedah Cesarean dan Buang Fibroid Sekali

Pembedahan cesarean sekarang dianggap selamat untuk ibu dan bayi ekoran daripada perkembangan teknologi peralatan bius dan bedah. Namun ada terdapat sedikit perbedaan tentang cara gaya bedah antara satu pakar bidan dengan yang lain. Misalnya tidak ramai pakar bidan yang sanggup atau berani bedah myomectomy untuk buang tumbuhan fibroid ketika melakukan bedah cesarean. Kebanyakan pakar akan buat cesarean untuk lahirkan bayi dulu dan enam bulan kemudian akan ulang bedah sekali lagi untuk buang fibroid. Jika dilakukan serentak mereka bimbang perdarahan teruk akan berlaku. Mungkin keraguan ini benar tetapi bagi pakar-pakar bidan yang lebih berpengalaman dan mahir dalam selok belok pembedahan gejala ini jarang berlaku.

Tidak lama dulu terjadi kes seorang pesakit hamil sulung yang kebetulan dia pun ada ketumbuhan fibroid sebesar buah kelapa, lebih besar saiznya berbanding kepala bayi yang dikandungnya. Dan kedudukan fibroid terletak di pintu rahim, pasti pesakit ini tidak boleh melahirkan anak secara normal. Beliau perlu bedah cesarean di hospital kerajaan dan mohon agar fibroid besar itu dibuang serentak, tetapi doktor pakar di sana tidak berani melakukannya.

Beliau dan suami memohon agar saya bedah serentak iaitu lahirkan bayi dan buang fibroid sekali. Alhamdulillah kedua-duanya berjaya dilakukan dengan selamat. Tidaklah perlu beliau jalani dua kali pembedahan.

  • Bayi songsang sebab fibroid...

    Salah satu punca kedudukan bayi jadi songsang/breech ialah ketumbuhan fibroid yang wujud ketika hamil. Perlu bedah cesar untuk keselamatan ibu dan bayi.

  • Ada dua tumbuhan fibroid pada dinding belakang... rahim.

    Fibroid yang besar saiz 8 cm pada awal kehamilan dan yang kecil 3 cm. Fibroid besar mengecut sebab degenerasi yang berlaku waktu hamil dan lepas putus haid. Ketika dibedah saiz turun 6 cm.

  • Kedua-dua fibroid selepas dibedah ketika cesarean...

    Fibroid telah mengecut atau mengalami degenerasi. Ketumbuhan tersebut telah melekat pada usus dan ovari.

Bedah Cesarean

Bolehkah Lahir Bayi Secara Normal Selepas Pembedahan Cesarean

Kebanyakan wanita masih boleh melahirkan secara normal selepas bedah cesar sekaliā€¦

Ramai yang bertanya sama ada  boleh melahirkan bayi secara normal selepas dibedah cesarean. Ini bergantung kepada sebab atau punca mengapa dilakukan bedah cesar. Jika sebab rongga sempit (CPD) memang tiada peluang untuk lahir secara normal lagi.

Kebanyakan pesakit selepas bedah cesar sekali akan berjaya melahirkan secara normal. Tetapi jika selepas dua kali cesar doktor pakar bidan akan terus buat cesar kali ketiga dan kebanyakan doktor akan buat tubal ligation.

Teringat saya tentang kisah  seorang pesakit saya beberapa tahun dulu, tak silap namanya Ramlah Johari, Selepas dua kali cesar saya bantu lahirkan  anak ketiganya secara normal. Anak keempat pula bedah  cesar (pembedahan kali ketiga) dan anak kelima lahir secara normal walaupun sudah 3 kali bedah cesar.  

Suatu ketika dahulu saya banyak kali juga mengendalikan percubaan lahir normal selepas 2 kali cesar. Saya dapati antara 50-60% berjaya lahir normal dan yang lain perlu ulang cesar. Sekarang  saya sudah tidak sambut lagi kelahiran dan saya tidak cadangkan lain-lain doktor buat yang saya lakukan dulu.

Pada asasnya, selepas dibedah cesar dan bagi kehamilan kedua nak cuba normal, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan.

Pada bulan terakhir kehamilan 36-37 minggu, pakar bidan perlu buat penilaian daripada sejarah kelahiran cesar yang lepas dan buat pemeriksaan  sama ada kepala bayi boleh masuk ke dalam rongga punggung ibu atau tidak (engage). 

Buat X-ray pelvimetry pada 37 minggu kehamilan,  buat ukuran keluasan rongga punggung ibu. Jika ukuran API dan APO lebih 12 cm kemungkinan boleh dilakukan percubaan kelahiran normal. Jika kurang - menandakan punggung sempit - mungkin lebih baik ulang bedah cesar.

Bagi mereka yang dipilih untuk cuba lahir normal, mulai 37 minggu kehamilan, setiap minggu pemeriksaan vaginal dilakukan untuk menilai keadaan pintu rahim, sama ada lembut atau rigid, sama ada efface atau tidak, boleh dikembangkan atau tidak. Dan pada waktu sama doktor pakar bidan akan buat 'sweeping of membrane' untuk memudahkan buka pintu rahim.

Sebaiknya tunggu natural labour dan spontan tanpa induction. Tetapi jika melebihi tempoh EDD selama 2 minggu, perlu buat induction. Pemantauan waktu labour perlu rapi  dengan catitan  rekod CTG setiap masa untuk mengetahui kekerapan serta kekuatan kuncupan rahim dan keadaan denyutan bayi, sama ada normal atau ada tanda-tanda nak jadi lemas/fetal distress. Pemeriksaan vaginal dilakukan setiap 4 jam untuk menilai progress labour.