Sejukkan Buah Zakar Baiki Benih Lelaki

Benih lelaki boleh berkurangan bilangan dan kekuatan pergerakan akibat kepanasan. Mereka yang bekerja di kilang panas, kerja di luar dan terdedah kepada sinaran matahari terik, pemandu lori jarak jauh dan selalu meletak komputer laptop atas riba ketika dalam perjalanan jarak jauh dalam kereta api atau bas menghadapi risiko gangguan benih.

Kepanasan badan pun boleh juga mengganggu benih. Begitu juga tekanan fizikal, mental dan emosi juga mengganggu benih lelaki.

Cuba rawatan ini. Letakkan icepack yang telah disejukkan dalam peti ais seharian di bawah buah zakar dalam seluar selama 30-60 minit bila balik daripada kerja.

Amalkan setiap hari bagi orang lelaki yang mengalami masalah benih kurang bilangan dan kurang pergerakan aktif. Insya Allah satu hari kelak isteri akan hamil.

Kesuburan Lelaki

Add video text