Program khatan bayi


YJN sedang giat menggalakkan bayi lelaki dikhatankan secepat munkin selepas lahir. Amalan ini sudah menjadi popular dinegara2 barat walau pun mereka bukan islam. Mereka telah mengetahui faedah besar dari amalan berkhatan. Di Amerika bayi lelaki dikhatan sejurus lepas lahir.

Diantaranya ia bolih mencegah dari jangkitan kuman dalam saluran perkencingan dan buah zakar waktu zaman kanak2 yang mana kesan jangka panjang bolih menyebabakan kemandulan lelaki. Berkhatan juga dikatakan bolih mencegah tersebarnya kuman virus AIDS yang sering bertumpu pada kulit zakar (prepuce).

Juga dipercayai kotoran tahi pilat pada zakar lelaki yang tidak berkahatan adalah salah satu punca terjadinya kanser pangkal rahim dikalangan isteri mereka.

Waktu bayi baru lahir, prosedur berkahatn mudah dilakukan dan jangka tempoh sembuh pun cepat, antara 5-7 hari sahaja. Jagaan lepas khatan juga sangat mudah tanpa keperluan khusus.



 
 
 

Prosedur berkhatan bayi lelaki

1. Bayi dibersihkam dengan antiseptik pada kasasan kemaluanynya
2. Suntikan local anesthetic pada pangkal zakar untuk bius zakar, sering bayi menangis bila kena suntik bius. Tunggu 5 minit untuk bius berkesan.
3.Teknik khatan adalah mudah, saya gunakan alat Plastibel. (lihat gambar dibawah)
4. Kulit prepuce diguntung sedikit sehingga takuk kepala zakar.
5. Kulit dipisahkan dari kepala zakar dan tahi pilat dibersihkan.
6. Plastibel disarongkan pada kepala zakar, ada banyak saiz plastibel ikut saiz kepala zakar, penting untuk pileh saiz yang tepat supaya 'fitting'
7. Ikat dengan benang diluar kulit ikut jalur pada plastibel untuk kawal perdarahan. Penting untuk ikat kuat agar tidak terlucut.
8. Kulit prepuce digunting dan dibuang. Handle pada plastibel dipatahkan dan terdapat lubang kecil dimuncung plastibel untuk saluran air kencing bayi.
9. Tiada jagaan istimewa, jika bayi meragam pada malam pertama beri syrup panadol ikut arahan. Bila kencing atau berak dan perlu tukar lampin, bersihkan zakar saperti biasa dan pakaikan lampin baru.
10. Plastibel dan benangnya akan tanggal sendiri dalam tempoh 5-7 hari dan luka akan kering dengan sendiri.

 
 
.

TAMAN DESA MEDICAL CENTRE

TAMAN DESA MEDICAL CENTRE  (TDMC)

(Pusat Perubatan Taman Desa)

No.45 Jalan Desa.

Taman Desa. Off Jalan Kelang Lama.

58100. Kuala Lumpur.

Tel. 03 7982 6500

Hospital 3 bintang ini kepunyaan TDM Bhd.

Doctor2 pakar YJN bolih menggunakan kemudahan hospital ini atas dasar 'Admitting rights'.

Dato Dr Hamid Arshat ada sesi pembedahan setiap hari selasa petang mulai 24 hb oktober 2017.

Hospital ini mempunyai kemudahan, peralatan yang terkini dan staff yang terlatih dan profesyenal.

Sangat sesuai bagi mereka yang perlu rawatan dan biyaya sendiri kerana kos adalah sangat berpatutan.

KELAB TIMANG

 

 

Setelah bertahun2 lamanya nama TIMANG muncul semula. Pada tahun 1987 ketika saya bertugas sebagai ketua pengarah LPPKN saya telah melancarkan program Timang dan menerbitkan majalah bulan TIMANG sebagai panduan bagi para ibu bapa. Inilah majalah terulong dalam bidang ilmu dan kemahiran dalam caragaya keibubapaan.

Namun bila saya bersara dari LPPKN majalah Timang dihentikan dan program2 berkaitan pun terus lupus.

Apa bila saya mulakan aktibiti2 dan program untul Yayasan Jabsl Nur (YJN), tergerak hati saya untul menghidupkan semula program Timang. Jesteru muncul KELAB TIMANG, anjuran bersama;

1. Yayasan Jabal Nur (YJN)

2. AktifOtak(AO)

3. Fizo Omar Channel (FOC)

Matalamat Kelab Timang.

1. Membantu anda jadi ibu bapa cemerlang.

Meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam caragaya keibubapaan (parenting). Menjadikan anda bertanggung jawab dan komited terus menerus hingga keakhir hayat.

 

2. Membantu anda membangunkan anak2 yang cemerlang, berjaya didunia dan akhirat menerusi pelbagai program rangsangan dan bina mind.

 

Faedah jadi ahli Kelab Timang.

Awet Sihat

KLINIK AWET SIHAT. KHAS BAGI MEREKA BERUMUR 50 TAHUN KEATAS.


1. Berbagai penyakit mula menimpa orang2 berumur 50 tahun keatas. Fungsi2 organ2 penting saperti otak, jantung, hati, buah pinggang mula terancam dan rosak. Penglihatan dan pendengaran mula berkurangan.
Ramai yang mengidap diabetes, darah tinggi , penyakit jantung, angin akhmar, kanser, nyanyok, alhzeimer dan lain2


Kaum wanita mula mengalami menopause atau putus haid. Akibat pengurangan hormone estrogen, berbagai gejala dan penyakit mula timbul.


2. Mengapa nak tunggu sampai penyakit melanda anda. Bila simptom2 dan gangguan fungsi2 tubuh badan sudah timbul, penyakit munkin sudah kerosakkan organ2 tertentu.


3. Program Awet Sihat bertujuan mengesan sebelum jadi penyakit dan mengesan diperingkat awal, iaitu diperingkat biokimia agar rawatan jadi berkesan.


4. Sila hubungi Klinik YJN untuk buat temu janji. No tel 03-77733411 & 03-77732911
http://www.jabalnur.net/376648671


5. Berbagai nasihat, rawatan dan terapi untuk hidup dan awet sihat bolih diberikan olih doktor yang mahir dalam bidang ini. Kaedah rawatan terkini dengan 'Stem Cells' bolih diatur.

O Zuriat Ku

Matlamat program adalah untuk membina zuriat cemerlang yang berilmu, pintar, mahir, sihat dan berakhlak mulia.

1. Pendekatan terpenting menerusi program keibubapaan. Ibu bapa yang berilmu, berkemahiran, berdedikasi dan komited.

2. Mendidik ibu dalam aspek-aspek penjagaan prenatal, kelahiran selamat, penjagaan dan membangunkan fizikal jasmani, mental dan rohani anak.

3. Mewujudkan 'Keluarga YJN'. Peserta-peserta yang berminat akan didaftar bermula 5 bulan hamil. Mereka akan dipantau dan dibimbing.

4. Ahli-ahli keluarga YJN akan digalakkan menyertai pakej aqiqah/ khatan/urut. Di sinilah titik permulaan program bina zuriat cemerlang.

5. Menggalakkan ibu bapa untuk menjaga kesihatan dan pemakanan bayi juga melakukan rangsangan mental daripada dalam rahim dan terus menerus selepas lahir.

SUKA YJN

Satu badan sukarelawan di bawah Yayasan Jabal Nur melibatkan doktor-doktor muda yang baru menerima ijazah perubatan telah dimulakan pada pertengahan Syawal. Dinamakan “Suka YJN”, ia dikira bermula dengan rasminya apabila enam orang doktor muda berkumpul untuk sesi pengenalan di pejabat YJN Rabu 20 Julai 2016. Mereka terdiri daripada lima orang graduan lulusan universiti di Mesir, seorang dari universiti di India. Pengenalan dan taklimat diberikan oleh pengerusi yayasan, Dato’ Dr. Hamid Arshat.

Dr Hamid dalam pengenalan itu memberi tahu bahawa yayasan adalah satu badan amal NGO non-profit yang mahu mempertingkatkan taraf kehidupan keluarga Islam. Ini adalah dengan menggalakkan dan mengajar cara gaya keibubapaan atau parenting yang sesuai menurut prinsip Islam juga menjaga kesihatan ibu dan anak. Pengalaman beliau pernah memimpin dan memperkasakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sambil menjadi pakar sakit puan hingga sekarang boleh dimanfaatkan melalui yayasan. Sejumlah pakar dalam bidang-bidang berkaitan seperti psikologi dan sakit kanak-kanak turut sama membantu untuk menjayakan misi dan visi yayasan.

“Para sukarelawan yang berkebolehan diharap dapat membantu kami untuk melaksanakan misi dan visi dengan cara turun padang bertemu orang ramai melakukan kerja-kerja amal dalam bidang kesihatan terutama berkenaan ibu dan anak,” kata Dr. Hamid. “Mereka juga boleh membantu memeriksa pesakit dan sebagainya di klinik YJN juga klinik-klinik yang berkaitan.”

“Nama Suka YJN dipilih bagi mengambil kira bahawa sukarelawan yang terlibat harus merasa suka kepada usaha-usaha YJN. Mudah disebut dan diingati orang, ia juga bertujuan agar masyarakat merasa suka kepada apa yang dilakukan yayasan. “

Ilham untuk menerbitkan satu pasukan sukarelawan terdiri daripada doktor-doktor yang baru mendapat ijazah telah diutarakan oleh Dr Hamid pada mesyuarat mingguan YJN minggu sebelum itu. Ia mahu memanfaatkan kehadiran doktor-doktor baru yang belum diberikan kerja tetap atau posting ke mana-mana klinik ataupun hospital. Kebiasaannya di Malaysia, seorang doktor yang baru lulus dari universiti harus menunggu beberapa bulan atau lebih kerana tempat terhad dan mereka perlu menunggu giliran. Kata Dr Hamid, daripada menunggu sahaja buat beberapa lama adalah elok mereka memanfaatkan masa dengan melakukan kerja-kerja sukarelawan yang sesuai dengan bidang dan kepakaran.

“Ini boleh dilakukan menerusi YJN dan jaringan yang berkaitan,” tambah beliau. “Sambil membuat kerja-kerja berfaedah para sukarelawan juga berpeluang untuk belajar dengan pakar lalu menimba pengalaman yang berguna untuk meningkatkan nilai diri dalam dunia pekerjaan.”

Turut hadir dalam sesi pengenalan dan taklimat adalah pakar kanak-kanak, Profesor Dato’ Dr AJ Halim dan pakar psikologi dan kaunseling, Profesor Dr Rosnah Ismail. Mereka juga memberikan pandangan  tentang haluan yang patut diambil oleh para sukarelawan di bawah nama Suka YJN. Dr Halim menasihatkan doktor-doktor muda yang terlibat agar memiliki world view atau sudut pandang dunia yang betul agar dapat menjadi ahli perubatan yang berjasa kepada masyarakat. Dr Rosnah pula menekankan keperluan skil dalam bidang kaunseling untuk membantu berhadapan dengan pesakit daripada semua peringkat masyarakat.

Sesi pengenalan dan taklimat menyaksikan tugasan mula diberikan tanpa membuang masa. Seorang doktor muda diberi kesempatan untuk mengikut Dr Hamid melakukan pembedahan di Hospital Pantai, Bangsar pada pagi Khamis sementara lain-lain diberikan giliran menurut jadual. Mereka juga digalakkan menghadiri sesi klinik kesuburan dan pemeriksaan kesihatan yang diadakan di Klinik YJN secara bergilir setiap hari Sabtu. Tiada had jumlah untuk sukarelawan baru menyertai Suka YJN asalkan memiliki ijazah perubatan yang melayakkan mereka bergelar doktor.

Merek yang berminat sila hubungi

Cik Nadia 

Tel. 01119303689 atau pejabat YJN 03-77733500

PROJEK BASMI KUTU UNTUK MURID2 SEKOLAH

ANJURAN BERSAMA YJN DAN LICE NINJA

  • YJN dan LICE NINJA PROJEK BASMI KUTU

    Projek bersama ini difokaskan keatas murid2 sekolah dan pusat2 jagaan kanak2 serta tadika.

  • TEKNIK RAWTAN TERBARU

    Keadah rawatan kutu kepala yang popular di Amerika syarikat di gunakan untuk projek ini.

  • Pekej rawatan dengan diskaun amat istimewa.

    Pihak pengurusan sekolah bolih menghubungi YJN (Nadia 03 7773 3600 , 01119303689) atau LICE NINJA untuk mendapatkan tarikh.
    Tempat rawatan ialah 77M . Plaza Damansara. Bukit Damansara. KL.

PROGRAM LATIHAN DOKTOR2 PRA HOUSEMAN

ANJURAN YJN

  • Doktor Pelatih Sesi Klinik

    Ditunjuk ajar kaedah merawat pesakit di klinik.

  • Doktor Pelatih Sesi Bedah

    Ditunjuk ajar di bilik bedah hospital. Bantu pakar bedah menguruskan pesakit yang sedang dibedah. Diberi latihan praktikal tentang prosedur-prosedur seperti menjahit kembali pembukaan pada kawasan tubuh yang dibedah.

  • Sesi Latihan Ultrasonography

    Latihan praktikal untuk melakukan pemeriksaan ultrasound bagi mengesan berbagai penyakit wanita.

Bimbingan Pakar YJN

Setiap hari Rabu petang antara jam 3.30 hingga 5.30 petàng saya akan mengendalikan sesi bimbingan/kaunseling di Kompleks YJN. PERCUMA TANPA BAYARAN.

Masalah-masalah kesihatan wanita

Isu-isu kekeluargaan

Masalah peribadi dan pengurusan diri.

Saya cuba bantu dan bimbing sekadar kemampuan.

Sesiapa yang berminat sila hubungi staf YJN

En Halim YJN   012 277 1308

KLINIK KESUBURAN

SETIAP HARI SABTU JAM 9 PAGI HINGGA 1 PETANG. KELOLAAN KLINIK DR HAMID ARSHAT. BERMULA SABTU 2 JANUARI 2016 DI KOMPLEKS YJN, BUKIT JALIL.

KHUSUS UNTUK PESAKIT-PESAKIT BARU SAHAJA YANG BELUM PERNAH DIRAWAT DI KLINIK DR HAMID ARSHAT.

Jadual untuk bulan JanuarI 2016 -  Sabtu 2 dan 16 hari bulan.

Bulan Februari 2016 -  Sabtu 13 dan 27 hari bulan

SILA HUBUNGI  KLINIK UNTUK TEMU JANJI.

Klinik Dr Hamid Arshat, 75M, Plaza Damansara, Bukit Damansara. Kuala Lumpur.

S/N Siti Bahitih  016 367 6298 WhatsApp

Tel 03 2094 1115 / 03 2094 5262. / 03 2094 5800.

Fax 03 2094 9402

Khatan Bayi Lelaki

Khatankan bayi lelaki anda secepat mungkin sebelum umur 3 bulan. Ini untuk mencegah jangkitan kuman pada zakar dan buah zakar yang boleh menyebabkan mandul bila dewasa. Kebersihan zakar bayi ditentukan selepas khatan.

Kita guna Plastibell dan ia akan tanggal dan sembuh kulit dalam 5-7 hari.

Khatan awal terbaik kerana ia cepat sembuh. Kanak-kanak bila dah besar lebih takut untuk dikhatan, mungkin perlu bius am dan lambat sembuh.

YJN menawarkan harga istimewa RM 400

Di hospital swasta kos lebih RM1000 dan hospital kerajaan belum mula program khatan bayi lelaki.

Rebut peluang. Hubungi

Pn Suriani  hp no. 013 2266 968