Penyakit Peranakan Wanita

'Cervical erosion' pada pintu rahim atau cervix. Kelihatan merah kerana kulitnya terhakis saperti kulit melecet lepas tersiram air panas. Sering dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan.

Bartholin cyst pada bibir kemaluan. Sering tidak sakit hanya terasa ketulan. Mengandungi lendir. Bila dijangkiti kuman jadi bengkak dan terlalu sakit. Perlu bedah kecil 'I & D' atau marsupialisation.

Cervical polyp. Satu ketumbuhan kecil bukan kanser pada pintu rahim. Boleh menyebabkan perdarahan bila-bila masa dan selepas bersetubuh. Mudah dibuang secara 'Polypectomy' di klinik

Utero vaginal prolapse 3rd degree. Keseluruhan rahim turun dan terkeluar dari saluran faraj. Rawatan terbaik bedah buang rahim dan baikpulih faraj vagina. Dilakukan pada faraj tanpa bedah perut.

Cysticele. Kekenduran dinding depan saluran faraj dan pundi kencing melurut turun. Rawatan bedah vaginal repair dan kelly stitch untuk kuatkan otot.

Rectocele. Kekenduran pada dinding belakang saluran faraj. Sebahagian usus menggelembung keluar dari faraj. Rawatan bedah pelvic floor repair atau PFR.

Kanser cervix atau pangkal rahim. Yang kedua sering berlaku pada wanita iaitu selepas kanser payudara. Rawatan radioterapi atau bedah atau kedua-dua sekali.

Cervical incompetence. Kendur pangkal rahim. Sering gugur 4-5 bulan kandungan. Rawatan jahit pangkal rahim - Shirodkar suture.

Vulval warts. Biasanya disebabkan virus herpes simplex. Menimbulkan sakit dan gatal-gatal pada kemaluan. Sapu zovirex cream - antiviral.

Viral warts di pintu rahim. Sapu zovirex cream.

Cervical fibroid. Jarang berlaku. Perdarahan tidak tentu masa. Boleh dibedah melalui saluran faraj.

Lahir tiada faraj - satu kecacatan kongenital. Sering kedua ovari dan saluran fallopian ujud. Tetapi tiada rahim dan pintu rahim. Faraj boleh diujudkan dengan pembedahan tapi rahim tidak boleh dicipta.

Masih dara selepas tiga tahun kahwin. Suami tidak dapat menembusi faraj kerana ketakutan atau fobia. Perlu bedah kecil digelar Fenton operation.

Bicornuate uterus. Rahim bercabang dua. Ketika dibentuk dalam rahim ibu dua kelompok tisu yang bercantum untuk bentuk rahim gagal cantum sepenuhnya.

Bicornuate uterus. Di antara gejala-gejalanya ialah keguguran dan bayi songsang atau melintang dan tidak dapat lahir normal. Perlu bedah cesar.

Uterus didelphys. Kedua kelompok tisu tidak langsung bercatum. Hasilnya dua rahim. Sering sukar hamil dan mudah gugur dan lahir tidak cukup bulan.

Unicornuate uterus. Separuh saja tisu rahim yang terbentuk. Tapi ada dua kilang ovari. Gejala sukar hamil dan mudah gugur.

Endometrial polyps. Sering tiada simptom. Tapi boleh mengganggu usaha untuk hamil dan kadangkala menyebabkan perdarahan tidak tentu masa.

Kanser rahim. Berlaku pada wanita yang meningkat umur. Tanda utama perdarahan lepas menopaus. Boleh juga berlaku pada wanita yang mengidap PCOS dan mengalami perdarahan yang berpanjangan. Rawatan bedah buang rahim sangat berkesan.

Endometrial hyperplasia. Sering berlaku pada pengidap PCOS, wanita gemuk dan lepas umur 40an . Tanda utama perdarahan yang banyak dan perpanjangan. Puncanya hormon tidak seimbang. Jangka panjang boleh jadi kanser rahim. Rawatan dengan D&C. atau hormone norethisterone sebanyak 3 pusingan haid.

Rahim dilanda tumbuhan fibroid yang merosakkan keseluruhan dinding dan kaviti dalam rahim. Gejala perdarahan yang banyak hingga jadi anemia. Perlu transfusi darah sebelum dibedah buang rahim.

Adenomyosis rahim. Merosakkan keseluruhan rahim. Rahim membengkak dan tisu otot rahim digantikan dengan fibrous tisu. Senggugut teruk dan perdarahan mungkin banyak. Bedah buang rahim rawatan paling sesuai.

Rahim dilanda banyak ketumbuhan fibroid.

Multiple fibroids dalam rahim. Paling banyak sekali 33 ketul fibroids dalan rahim seorang wanita.

Kilang telur dilanda ovarian cyst. Berbagai-bagai jenis cyst pada ovari, kebanyakkannya bukan kanser. Sebilangan kecil sahaja kanser.

Cyst ovari besar setelah disedut cecairnya.

Karung cyst ovari.

Dermoid cyst atau benign terratoma mengandungi cecair minyak, lemak, rambut, gigi, tulang dan kartilaj.

Serous cyst adenoma ovary. Cecairnya telah disedut. Hanya karung dalam gambar.

Ovarian tumour. Mengandungi cecair dan tumbuhan atau solid growth.

Endometriotic cyst atau chocolate cyst ovary sering berlaku. Gejala senggugut, kemandulan dan keguguran.

Karung chocolate cyst.

11 Jun 2014. Fibroid besar berukuran 10 x 10 cm pada wanita berumur 34 tahun. Ada seorang anak umur 7 tahun. Masih cuba hamil lagi. Saya bedah buang fibroid.

Pesakit berumur 48 tahun. Ada 3 anak semua lahir bedah cesar. Telah diikat saluran fa─║opian/BTL. Senggugut teruk. Jumpa saya 11 Jun 2014. Mohon bedah hari itu juga. Saya buat subtotal hysterectomy. Tumbuhan adenomyosis dalam rahim.

Berbagai-bagai penyakit yang boleh berlaku pada peranakan wanita.

Klik pada gambar untuk penerangan...