Ujian Kesuburan

Kos ujian kesuburan di klinik Dr Hamid Arshat.
Konsultasi pertama RM 150
Ultrasound RM 50
Ujian benih suami RM 50
X-ray HSG untuk buka saluran fallopian RM 200

Hubungi klinik 03 20941115

Ubat Subur

Ubat subur hanya diberikan untuk kes-kes tertentu. Wanita yang pusingan haidnya teratur 28-30 hari biasanya subur iaitu telur menetas/ovulasi pada hari ke-14, 15, atau 16. Terdapat beberapa cara untuk mengesan ovulasi - suhu BBT dan ovulation test kit. Sebelum ubat subur diberikan 2 perkara penting diketahui :

1. Benih suami normal.

2. Saluran fallopian tidak tersumbat, melalui ujian X-ray HSG

Ubat sumbur paling sering digunakan ialah ' Clomid' atau clomiphene. Dos permulaan ialah 50 mg setiap hari selama 5 hari berturut-turut, mulai hari kedua haid.

Dos dinaikkan ke 100 mg, 150 mg dan maksima 200 mg. Respons atau tindak balas mesti dipantau melalui ovulation test kit dan transvaginal scanning (tvs) untuk mengelakkan hyperstimulation syndrome yang menyebabkan terlalu banyak telur matang.

D&C dan Hydrotubation boleh Meningkatkan Peluang Hamil

Satu prosedur kecil yang dilakukan sebagai day case. Datang ke Klinik Dr Hamid Arshat pagi, puasa mulai tengah malam sebelumnya. Kos rawatan RM 1.5 K. Boleh balik 3 jam selepas prosedur. Insha Allah peluang hamil meningkat 30%.

Hubungi klinik 03 2094 1115

Pembedahan Laparoscopy Meningkatkan Peluang Hamil

Laparoscopy adalah sejenis pembedahan kecil atau minimally invasive. Insha Allah cepat sembuh dan boleh mula berkerja semula 5 hari selepas bedah. Meningkatkan peluang hamil 50-60 %. Kos pembedahan di Klinik Dr Hamid Arshat ialah antara RM 6-7 K.

Hubungi klinik 03 2094 1115

Sila Kemukakan Masalah Anda

Salam…

Saya mempunyai endrometriosis dan tiap-tiap bulan mengalami senggugut yang teruk. Ingin mendapat bantuan rawatan daripada pihak tuan. Terima kasih. Shameza

Wa salamu alaikum,

Saya sungguh simpati dengan masalah anda. Penyakit endometriosis bila sudah menimpa seseorang wanita, kadangkala agak sukar untuk sembuh dan penyakit berterusan kerana kelemahan dalam immune system anda.

Anda perlu buat perubahan cekal dalam cara gaya hidup anda. Amalan pemakanan amat penting untuk dijaga dengan menjauhi makanan-makanan yang menimbulkan inflamasi atau radangan. Kurangkan gula dan karbohaidret, segala makanan yang diproses - fast food dan junk food, yang mengandungi banyak perisa, pengawet dan pemanis.

Link ini memberi panduan tentang makanan2 yang melawan inflamasi. sila copy dan paste.

http://www.naturalnews.com/045187_foods_that_fight_inflammation_avocado_turmeric.html