Perkembangan Otak

Otak adalah mesin ajaib ciptaan Allah SWT. Ia adalah organ terpenting untuk manusia kerana mengawal segala organ lain, anggota badan, fungsi hidup , pergerakan, emosi , pemikiran intelek dan seterusnya. Ia mula tumbuh 3 minggu selepas persenyawaan benih. Pertumbuhan sel-sel otak iaitu neuron berlaku terus sehingga akhir hayat.

Ketika kehamilan berumur 5 bulan beberapa billion sel otak telah tumbuh.  Ketika lahir otak bayi mengandugi 100 billion sel neuron dan proses ini berterusan hingga mencapai beberapa trillion sambungan dendrites dan synapses.

Otak dan saraf pada asasnya terdiri daripada 3 bahagian iaitu saraf tunjang (bawah), pangkal otak (tengah) dan cerebral cortex (atas). Ketika lahir pembentukan otak bayi sudah sempurna tetapi saiznya hanya 20% daripada saiz otak orang dewasa. Otak terus tumbuh membesar dan mencapai 80% saiz dewasa pada umur 2 tahun dan 90% saiz dewasa pada umur 5 tahun.

Pertumbuhan ini adalah hasil pembiakan sel-sel neuron hingga mencapai beberapa trillion bilangannya di samping tumbuh wayar-wayar penyambung antara sel-sel nueron bernama dendrites. Setiap sel neuron mempunyai beberapa ribu (lebih 5000) dendrites yang fungsinya adalah menyalurkan maklumat. Setiap dendrite disambungkan dengan dendrite daripada neuron lain melalui synapses. Dendrite-dendrite ini disaluti oleh myelin sheath. Jika lebih tebal salutan myelin sheath maka lebih cekap dan pantas penyaluran dan pemprosesan maklumat.

 

Apakah keupayaan otak ketika lahir?

Ketika lahir otak bayi berfungsi secara refleks sahaja di mana fungsi-fungsi seperti pernafasan, denyutan jantung, menangis, tidor, menelan, kencing , gerakan tangan dan kaki yang tidak berkoodinasi dikawal oleh saraf tunjang dan pangkal otak. Sedangkan bahagian otak atas (cerebral cortex) menjalankan berbagai tugas motor dan sensori, bahasa, pemikiran intelek dan kreatif, memori, emosi, logik, kemahiran sains dan matematik. Lain-lain kebolehan belum berfungsi lagi.

 

Apakah cara-cara terbaik untuk merangsang otak bayi?

 

Rangsangan sensori

1. Rangsang pendengaran

2. Rangsang penglihatan

3. Rangsang sentuhan

 

Menggalakkan gerakan motor

1. Meniarap dan menyelar (gerakan menjalar) . Gunakan Crawling Track.

2. Meningkatkan imbangan/balancing

3. Merangsang pertuturan bahasa dengan percakapan dan flash card.

4. Meningkatkan kawalan dan pergerakan berkoordinasi.

Saya akan huraikan kaedah-kaedah  tersebut dengan lebih terperinci dalam halaman seterusnya.

 

Mengapa perlu rangsang otak bayi awal?

Otak adalah seperti rangkaian dan talian telefon dengan ibusawatnya dan cabang-cabang semua sekali. Berbagai rangsangan dan pengalaman akan disalurkan sebagai maklumat letrik. Maklumat-maklumat ini akan dieroses dan dismpan dalam cerebral cortex. Dengan rangsangan yang banyak dan bertubi-tubi lebih banyak sel-sel neuron akan digunakan dan sel-sel tersebut akan terus hidup dan bertambah cabang dendrites dan synapses. Sel-sel yang tidak digunakan akan dicantas dengan satu proses 'pruning'. Lebih penting lagi  rangsangan awal akan meningkatkan dendrites dan synapses serta memperkukuhkan selaput wayar dendrites dengan myelin sheath

Rangsangan sensori  iaitu pendengaran, penglihatan dan sentuhan pada umur awal bayi akan mencetuskan jaluran saraf yang digelar 'sensory superhighway'. Iag amat penting dalam proses pembelajaran bahasa, matematik dan sains nanti. Anak ini akan mempunyai kemahiran-kemahian unik saperti pantas baca (fast reading), mudah faham dan daya ingatan (memori) yang cemerlang.

Oleh itu ibu perlu terus menerus merangsang dan mengajar bayi ilmu dan kemahiran seperti pertuturan dan kemahiran bahasa melalui percakapan dan tunjuk ajar dengan menggunakan gambar-gambar dan angka pada flash card. Pencapaian kemahiran bertutur dan bahasa adalah terbaik sehingga umur 5 tahun.

Ujian ke atas haiwan seperti tikus, kucing dan monyet yang tidak mendapat rangsangan sensori tertentu pada peringkat awal kehamilan didipati mengalami kepincangan dalam deria-deria sensori yang penting. Kemahiran dalam bidang seni muzik juga sebaiknya dicapai sebelum umur 7 tahun.

 

Mana lebih penting - baka atau persekitaran dalam perkembangan otak?

Ramai yang berfikiran bahawa kepintaran dan kecerdasan otak hanya dipengaruhi oleh baka dan genetik. Anggapan saperti ini tidak tepat. malah faktor persekitaran memainkan peranan lebih penting daripada faktor baka.

Baka dan genetik hanya menyediakan prasarana otak iaitu pembentukan berbillion sel-sel neuron dan rangkaian  trillion dendrites dan synapses. Persekitaran yang terdiri daripada pengalaman, rangsangan, pendidikan dan pendedahan sangat penting untuk menjadikan otak cerdas dan pintar.

Otak kita diprogramkan untuk memahami percakapan, membezakan bunyi percakapan, menganalisa perkataan dan maknanya serta mengatur dan menyusun perkataan-perkataan menjadi ayat. Tetapi bahasa yang dikuasai oleh anak, banyaknya vocabulary atau perbendaharaan kata juga gaya dan telo pertuturan bahasanya bergantung pada pendedahan serta pengalaman yang didapati daripada persekitaran bertahun lamanya.

 

Waktu kritikal  dalam perkembangan otak anak 

Perkembangan otak anak bergantung pada aktiviti, pengalaman dan pendedahan. Otak adalah saperti komputer dan memproses maklumat-maklumat sensori, motor, emosi dan kognitif melalui pancaran letrik. Tetapi circuit komputer terhad atau fixed, sedangkan neural circuit atau litar dalam otak kita dinamik. Ia sentiasa berubah dan berkembang menjadi semakin kukuh jika ada aktiviti rangsangan secara terus menerus. Rangkaian neuro yang tidak dipakai akan dicantas dan dihapuskan melalui proses pruning.

Proses 'pruning' atau pemilihan rangkaian neuro yang aktif dan berfungsi berlaku terus menerus seumur hidup kita. Tetapi ia berlaku jauh lebih banyak ketika zaman kanak-kanak. Kajian-kajian neurosains ke atas berbagai haiwan saperti kucing, tikus  dan monyet menunjukkan wujudnya waktu-waktu kritikal bagi perkembangan otak. Tetapi pada manusia perkara ini agak kurang jelas.

Walau demikian pada bayi penglihatan yang normal sejak lahir adalah penting dalam membentuk kemahiran bahasa dan pertuturan. Atas dasar ini program Bina Minda Jabal Nur menekankan kepentingan merangsang sensori penglihatan sejak lahir. Waktu kritikal untuk perkembangan dalam kemahiran bahasa dan pertuturan mula ditutup daripada umur 5 tahun hingga remaja. Seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa bukan ibunda selepas umur remaja tidak akan dapat bertutur saperti orang yang memiliki bahasa tersebut.

Pakar-pakar neurosains kurang jelas fahaman mereka tentang perkembangan fungsi-fungsi otak yang lain saperti emosi, kemahiran matematik atau muzik. Mereka juga kurang faham apakah asas biologi untuk waktu kritikal tersebut. Satu teori mengatakan antara umur bayi sehingga sekolah rendah otak membina rangkaian neuro yang sangat berlebihan, digelar synaptic excess. Hanya 50 % akan kekal sehingga umur dewasa. Dalam jangka umur waktu kritikal, pengalaman dan pendedahan - sensori, motor, emosi dan intelek- akan menentukan rangkaiain neuro yang mana akan dikekalkan dan seterusnya diperkukuhkan, manakala yang lain akan dicantas dan dihapuskan. Dengan pembelajaran melalui pengalaman dan pendedahan yang berulang-ulang terhadap kanak-kanak, semakin kukuh rangkaian neuro (neural circuits)  tersebut.

 

Bilakah otak mencapai pertumbuhan makxima?

Ini tidak akan berlaku kerana otak kita akan terus berubah fungsi mengikut keperluan dan cabaran harian. Mungkin pertumbuhan sel-sel neuron dan rangkaian neuro (dendrites dan synapses) akan level off atau jadi mendatar pada suatu tahap, iaitu kekal bilangan, yang mati sekadar diganti dengan yang baru. Otak bayi berfungsi jauh lebih lambat daripada  otak dewasa dalam memproses maklumat - otak dewsa 16 kali lebih cepat daripada otak bayi. Kelajuan memproses ini meningkat dengan lonjakan daripada umur bayi dan kanak-kanak lalu mencapai tahap maksima pada umur15 tahun.

Kelajuan memperoses maklumat dicapai melalui proses penyalutan myelin pada jaluran axon - digelar myelination. Myelin terdiri daripada bahan lemak, semakin tebal semakin cekap dan laju menyalurkan maklumat antara sel otak kepada yang lain. Myelination berlaku sejak bayi dilahirkan dan paling aktif dalam tempoh umur dua tahun petama. Ia berterusan secara perlahan sehingga umur 30 tahun.

Meningkat dan mempercepatkan  proses myelination  adalah asas program Bina Minda Jabal Nur. Kita mulakan denganurangsangan sensori - pendengaran, penglihatan dan sentuhan sejurus  lepas lahir sehingga berumur 2 tahun.

 

Apakah makanan terbaik untuk otak bayi?

Pertumbuhan otak bayi sangat sensitif terhadap bekalan makanan daripada umur kehamilan 5 bulan hingga umur bayi 2 tahun. Bekalan makanan perlu seimbang, berkhasiat dan berzat, mengadungi karbohidrat, protin dan lemak serta logam dan vitamin. Kekurangan makanan dan kebuluran kepada ibu akan menyekat pertumbuhan jasad dan otak bayi, menyebabkan bayi ringan timbang berat ketika lahir. Saiz otaknya kecil dan kurang pertumbuhan dendrites, kurang myelination dan kurang sel glial ( sel sokongan otak ). Akibatnya bayi mengalami kerencatan mental khususnya kekemahan intelek, IQ rendah, lemah pertuturan bahasa dan matematik membawa kepada prestasi rendah di sekolah. Sangat penting ibu hamil makan bahan-bahan berzat dan berkhasiat, tambah protin (lauk-pauk) 10 - 15 gm setiap hari.

Selepas lahir bayi bergantung sepenuhnya pada penyusuan ibu. Sangat penting ibu sihat dan pemakanannya lebih berkhasiat dan berzat untuk proses pemulihan dan penyusuan. Suplemen-suplemen vitamin dan logam kalsium juga iron (besi) perlu digandakan. Amalan pantang makanan dan jamu perlu dibasmi kerana mengganggu pengeluaran susu.

Susu ibu adalah sumber pemakanan bayi yang terbaik untuk pertumbuhan otak. Ia mengandungi segala bahan dan zat makanan - karbohidrat, protin dan lemak, logam serta vitamin yang diperlukan untuk pertumbuhan jasad dan otak bayi. Apabila mencapai umur 6 bula , di samping susu ibu bayi perlu tambahan zat besi untuk pembentukan sel-sel darah merah yang membekalkan oksigen kepada otak. Titisan vitamin drops yang mengandungi vitamins dan logam besi boleh diberikan.

Dalam dua tahun pertama umur bayi ketika mana pertumbuhan myelination pada jalur-jalur axon giat berlaku dalam otak bayi penting sekali makanan bayi mengandungi lemak dan minyak dengan kandungan Omega 3, DHA dan Omega 6. Amalan kita memberi minyak ikan saperti cod liver oil perlu diteruskan. Bahan-bahan tersebut juga banyak didapati dalam ikan makerel (mackerel), kembung, tenggiri dan salmon. Selepas umur satu tahun bayi boleh diberi susu lembu yang mengandungi protin dan lebihan lemak. Dan mulai 2 tahun ke atas makanan anak perlu mengandungi protin dan lemak daripada daging, ayam,  ikan dan sayuran.

 

Toksin yang perlu dijauhkan

Barang-barang mainan khususnya perlu tidak diperbuat daripada PVC atau mengadungi logam plumbum dan arsenik. Ini kerana mengikut kajian banyak barang mainan kanak buatan negara Cina mengandungi toksin . Bayi memang suka masukkan ke dalam mulut dan menggigit barang mainan . Barang-barang bertoksin mempunyai kesan buruk tehadap otak bayi.

Racun serangga dalam perlagai bentuk saperti semburan, pelet dan kertas pelekat juga merbahaya bila terkena bayi. Waspadalah dengan penggunaan semburan racun serangga. Tentukan bayi tidak berada dalam bilik.

Berbagai jenis pencemaran dan keracunan berada di persekitaran kita. Jauhkan bayi daripada bahan-bahan tersebut demi untuk menentukan pertumbuhan otak yang sihat.

  • Peta otak dan fungsi...

  • Sel otak neuron...

  • Dandrites wayar penyambung sel-sel otak...

Otak Manusia

Otak Mesin Ajaib dan Menakjubkan

 

Otak manusia terdiri daripada 5 bahagian seperti berikut :

1. Saraf tunjang atau spinal cord.

2. Pangkal otak atau brain stem.

3. Cerebellum dan basal ganglia.

4. Diencephalon.

5. Otak kiri dan kanan, cerebral hemispheres.

 

1.Saraf tunjang atau spinal cord

Ia berfungsi menerima segala informasi melalui kulit dan otot-otot anggota badan. Juga amat penting tugasnya ialah untuk menyalurkan arahan motor bagi pergerakan anggota dan lain-lain.

 

2. Pangkal otak atau brain stem

Ia berfungsi menerima segala informasi melalui kulit, otot leher dan kepala serta bertanggungjawab menggerakkan otot-otot tersebut. Ia juga mengandungi pancaindera saperti pendengaran, timbangan dan lain-lain melainkan bau dan penglihatan.

Pancaindera bau (sense of smell) bersambung terus kepada limbic system. Manakala pancaindera penglihatan bersambung terus dengan cerebral cortex (occipital lobe).

 

3. Cerebellum dan basal ganglia

 Berfungsi sebagai penyelaras (coodinator) pergerakan seluruh tubuh badan kita.

 

4. Diencephalon (thalamus, hypothalamus dan lain-lain)

Mereka berfungsi sebagai pusat atau stesen laluan untuk menyalurkan informasi sensori dan pergerakan.

Dalam hypothalamus terdapat pusat pengelolaan segala pergerakan, proses-proses otomatik (biasanya d iluar kesedaran kita ) seperti pengawalan suhu badan, tekanan darah, kadar denyutan jantung, pernafasan dan lain-lain.

Limbic system

Terletak di bahagian atas pangkal otak; ia bertindak sebagai relay stesen dua hala, menyusun, memproses dan mengarahkan signal atau isyarat-isyarat dari saraf tunjang dan otak tengah ke arah otak atas cerebrum dan sebaliknya dari cerebrum turun ke arah saraf tunjang dan terus ke arah jaluran-jaluran saraf.

Ia mengawal emosi, sentiasa berjaga-jaga menghadapi ancaman, keperluan seks, perubahan emosi seperti ketakutan atau kemarahan. Ia juga mengawal banyak fungsi tubuh saperti tekanan darah, suhu badan, berat badan dan selera makan.

 

5. Cerebrum

Ia merangkumi 2/3 daripada keseluruhan jisim otak dan dibahagikan kepada dua hemisfera iaitu kiri dan kanan dipisahkan oleh longitudinal sulcus dan dihubungkan keduanya oleh corpus callosum. Lapisan luar tebalnya 3mm ialah cerebral cortex yang mengawal segala fungsi badan seperti kesedaran, pancaindera, kemahiran pergerakan motor, pemikiran dan bahasa.

Pada cerebrum terdapat 4 lobar yang mempunyai fungsi khusus:

1. Lobar occipital - pusat penglihatan

2. Lobar parietal - perasaan (feelings), sentuhan, kesakitan dan tekanan. 

3. Lobar temporal - pendengaran, ingatan dan deria waktu. Ia bersambung dengan limbic system untuk emosi ketakutan, nafsu syahwat dan iri hati.

4. Lobar frontal - merupakan lobar yang terakhir berkembang. Terkait dengannya adalah precentral gyrus untuk pergerakan bahagian silang pada tubuh badan, lumpuh badan juga premotor cortex yang mengurus pergerakan motor yang kompleks. Tedapat juga prefrontal fibres yang boleh memintas kawalan.

Hemisfera kanan otak mengawal rhythm atau rentak, spatial awareness iaitu kesedaran tentang ruang (jarak dan sebagainya), gestalt (melihat sesuatu secara gambaran penuh, bukan terpecah-pecah), imaginasi, angan-angan, warna dan dimensi 

Hemisfera kiri otak pula mengawal perkataan, logik, bilangan, aturan atau jujukan (sequence), linearity (melihat secara turutan),analisa dan senarai.

 

Otak kanan dan kiri

Kebanyakan kita menggunakan lebih otak kiri yang mengawal kepintaran bahasa , sains, matematik lalu otak kiri adalah lebih dominan. Otak kanan pula lebih menguasai pemikiran holistik, kreativiti, inovasi, muzik dan seni. Orang-orang genius lebih menggunakan otak kanan.

Sejurus selepas lahir sehingga berumur 3 tahun, otak kanan lebih berkuasa (dominant) berbanding otak kiri yang akan jadi lebih dominan selepas umur 3 tahun. Dikatakan jika rangsangan otak dan pembelajaran boleh dimulakan sebelum umur 3 tahun kemungkinan anak itu menjadi genius adalah tinggi.

 

Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Otak

Enam Fungsi Otak Yang Ajaib

Pertumbuhan otak manusia yang ajaib ini boleh diklasifikasikan kepada 6 fungsi yang unik. Enam fungsi otak ini hanya berpaksi di cerebral cortex. Ia membezakan manusia dengan kehidupan yang lain.  Fungsi atau kebolehan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

1. Tiga fungsi sensori atau pancaindera.

2. Tiga fungsi motor atau gerakan.

 

Ketiga-tiga fungsi motor bergantung terus kepada 3 fungsi pancaindera. Tiga fungsi motor itu adalah : 

1. Berjalan dan berlari dengan bersilang tangan dan kaki (mobility)

2. Bertutur dengan bahasa tertentu dalam satu kumpulan (language).

3. Menulis dalam bahasa tertentu dengan menggunakan jari ibu dan jari telunjuk (manual).

 

Manakala 3 fungsi sensori adalah seperti berikut :

1. Melihat dan boleh membaca sesuatu simbol atau bahasa tertentu (reading).

2. Mendengar dan memahami bahasa tersebut (understanding the language).

3. Mengetahui sesuatu hanya dengan sentuhan (tactile) hingga dapat menentukan apa yang disentuh (dengan tidak menggunakan penglihatan, pendengaran, bau atau rasa)

Ketiga-tiga fungsi ini hanya ada pada manusia dan setiap satunya adalah fungsi otak (cortex) manusia.

 

Pertumbuhan enam fungsi otak saperti di atas boleh diringkaskan dengan tujuh peringkat perkembangan kemampuan otak yang dilalui oleh setiap bayi yang normal sejak lahir hingga berumur 3 tahun. Kesemua tujuh tahap pada otak bayi memang tersedia ada sewaktu dilahirkan. Ia hanya berfungsi menurut urutan bermula daripada fungsi terendah sewaktu dilahirkan hingga perkembangan fungsi yang tertinggi lagi menakjubkan pada usia 3 tahun.

Semua manusia yang normal mempunyai otak yang sama waktu dilahirkan. Perbezaan pertumbuhan bergantung pada apakah rangsangan stimulasi yang dilakukan serta peluang penggunaan dan percubaan yang diberikan berserta pendedahan terhadap alam sekitarnya. Rangsangan dan pendedahan terhadap fungsi sensori dan motor otak harus diberikan semaksima mungkin sejak lahir hingga umur 3 tahun. Inilah tempoh masa pertumbuhan otak yang paling kritikal sekali dalam kehidupan manusia. 

 

Kaitan Fungsi Otak Dengan 7 Urutan Perkembangan Otak dan Usia Bayi

Terdapat 7 peringkat penting dalam usia bayi mengaitkan bahagian-bahagian otak yang berfungsi dengan fungsi-fungsi sensori dan motor. Saya akan gelarkan ia sebagai Tingkat 1 hingga 7 :

 

Tingkat 1 - umur bayi satu bulan. Bahagian otak berfungsi ialah saraf tunjang dan pangkal otak (brain stem).

Tingkat 2 - umur bayi 1 hingga 3 bulan. Bahagian otak yang berfungsi ialah subcortical awal.

Tingkat 3 - umur bayi 3 hingga 7 bulan. Bahagian otak yang berfungsi ialah otak tengah (midbrain)

Tingkat 4 - umur bayi 8 hingga 12 bulan . Bahagian otak yang bergiat ialah korteks mula.

Tingkat 5 - umur bayi 12 hingga 18 bulan. Bahagian otak berfungsi ialah korteks awal.

Tingkat 6 - umur bayi 18 hingga 36 bulan. Bahagian otak yang berfungsi ialah korteks primitif.

Tingkat 7 - umur bayi 36 hingga 72 bulan. Bahagian otak yang berfungsi ialah korteks ajaib.

 

Otak depan dan belakang

Untuk tujuan program Bina Minda Jabal Nur, kita bahagikan otak kepada dua bahagian iaitu otak depan dan otak belakang.

 

1. Otak dan saraf belakang.

Otak belakang adalah tumpuan lebuh raya sensori yang menyalurkan masuk maklumat-maklumat  daripada 3 sumber iaitu penglihatan, pendengaran, dan sentuhan. Pancaran-pancaran maklumat ini akan akan diproses membolehkan seseorang anak membaca, memahami bahasa, menambah perbendaharaan kata dan membuat ayat sempurna.

Tersangat penting bagi ibu bapa menjaga serta meningkatkan taraf semua lebuh raya sensori ini dengan program rangsangan yang sesuai seawal mungkin.

 

Otak depan dan saraf 

Bahagian otak depan  adalah tumpuan lebuh raya motor yang menyalurkan arahan-arahan keluar dan mengawal daya pergerakan, pertuturan dan kecekapan menggunakan jari-jari tangan. Ini seterusnya akan meningkatkan dan mempercepatkan kebolehan untuk berjalan, bercakap dan menulis.

Tiada rangsangan seperti pada lebuhraya sensori diperlukan. Bayi hanya digalakkan untuk bergerak-gerak, menyelar, merangkak dan membuat bunyi bising. Mereka juga digalakkan menggunakan jari-jari dan tangan.

 

Kursus Bina Minda

Banyak perkara  perlu dijelaskan dan dibincangkan tentang fungsi-fungsi otak dan cara-cara untuk merangsang dan meningkatkan kecerdasan otak anak. Sila ikuti program keibubapaan YJN dengan menghadiri kursus setiap hari sabtu (PERCUMA). 

Pakar rujuk kita Mahzan Osman akan membimbing anda untuk memahami dengan lebih mendalam hal-hal berikut :

 

Perkembangan dan fungsi-fungsi otak

Melakukan evaluasi fungsi-fungsi otak ketika lahir

Pelaksanaan program rangsangan otak

Pembinaan insan cemerlang

 

Iman on Crawling Track

Iman ketika baru berumur 48 hari. Beliau dimasukkan ke dalam program bina minda kita sejak lahir lagi. Pada masa itu bayi ini sedang giat hendak mencuba maju ke hadapan ketika menyelar iaitu bergerak seperti menjalar....

Crawling Mat

Crawling Mat memberikan peluang untuk bayi menyelar dan berpusing...

  • Crawling Track (CT)

    Crawling Track (CT) berukuran 6 kaki panjang, 14 inci lebar dan 8 inci tinggi. Ia di perbuat daripada plywood dan kemudian disalut dengan vinyl atau kulit. Yayasan Jabal Nur (YJN) sedang berusaha untuk mendapatkan pembuat dan pembekal alat ini agar dapat dijual pada harga berpatutan.

  • Crawling Mat (CM)

    Crawling Mat (CM) berukran 6 x 6 kaki persegi atau 4 x 4 kaki persegi. Mudah dibuat daripada bahan vinyl yang boleh disematkan dengan thumb tack di atas permaidani. CM membolehkan bayi bergerak dan berpusing-pusing.