Pergerakan Bayi Mempercepatkan Pertumbuhan Otak

Sejak dalam rahim bayi sudah bergerak2, ibu merasai tendangan bayi dalam lingkungan 5 bulan umor kandungan. Sebaik sahaja lahir bayi menangis dengan kuat untuk mengembangkan paru2 untuk bernafas.

Pergerakkan bayi meningkatan pertumbuhan otak. Tiga tujuan penting ;

1. Koordinasi

2. Imbangan atau balancing

3. Pernafasan.

Beri bayi peluang bergerak2

Bahagian otak dan saraf yang mengawal pergerakkan tidak bolih dirangsang saperi pancaindera sensori. Tetapi sangat penting ia diberi peluang bergerak2. Galakkan anggota badan khususnya kedua tangan dan kaki bergerak2. JANGAN dibedung kerana ia menyekat pergerakkan anggota. Pakaikan barut untuk lindungi pusat yang belum tanggal, baju, seluar dan sarung tangan dan kaki. 

Letakkan bayi menyiarap - perut dan muka atas lantai bertikar getah tanpa dialas kain (untuk cegah menutupi hidung bayi ketika tidur), khususnya lepas menyusu dan hendak tidur. Bila menyiarap ketika tidur angin dan perut mudah keluar dan bayi tidak sakit atau kembung perut. Bila sedar antara tidur bayi bolih angkat kepala dan menggerakkan kedua kaki dan tangan. Tapak kaki yang mana jari2 menuding keatas akan menolak pada lantai dan membolihkan bayi bergerak kedepan.

Peringkat2 pergerakkan

Ada empat tahap penting yang perlu dilalui setiap manusia sebelum bolih berjalan

1. Tangan dan kaki bergerak tanpa koordinasi dan tanpa berganjak.

2. Menyiarap dan menyelar dengan perut, kaki fan tangan.

3. Merangkak dengan lutut dan tangan.

4. Berdiri dan terus berjalan.

Kita harus menyedari pentingnys 3 tahap terakhir diatas. Tiada bayi yang bolih terlepas dari urutan 3 tahap tersebut. Hanya kekerapan intensiti dan kelamaan prosesnya agak berbeza antara satu bayi dengan yan lain.

Jika dengan sebab2 tertentu ibu bayi terlepas pandang dari salah satu tahap tersebut, pertumbuhan bayi tidak akan normal. Dan munkin menghadapi masalah lambat berjalan, lambat bercakap atau susah berlajar sehinggalah dia diberi peluang kembali untuk menjalani proses2 dan tahap2 yang gagal atau terlepas perlaksanaannya.

Jika proses tahap tersebut terganggu sedikit sajaja pun , saperti sudah mula berjalan walaupun mencukupi metangkak, bayi tersebut akan mengalami akibat yang agak buruk dan negatif - saperti kurang kemampuan koordinasi, lemah konsentrasi, hyperaktif, kurang kecekapan tangan kiri atau kanan serta menghadapi masalah pembelajaran terutama dalam bidang membaca dan menulis.

Menyelar dan merangkak bukan sahaja penting sebelum berjalan malah juga penting untuk mengkukuhkan kerjasama pertumbuhan otak kiri dan kanan.

Kebanyakkan anak tidak melalui setiap tahap peroses tersebut munkin akan mengalami masalah penyakit neuro dikemudian hari.

Kajian selama lebih 50 tahun membuktikan semakin awal atau cepat anak2 mula belajar membaca serta lebih cerah kemunkinan ia berjaya dimasa depan.

 

 

 

Crawling track rangsang fungsi otak bayi

 

Pakar neuro dan pendidekan awal kanak2 Glenn Doman yang merawat kanak yang ditimpa kecacatan dan kerosakkan otak berpendapat pertumbuhan fungsi otak bolih ditingktkan dengan menggalakkan bayi meniarap, menyelar dan merangkak dan memulakan program ini sejurus selepas bayi lahir. Amalan tradisi kita membedong bayi dan membaringkan terlentang adalah satu langkah menyekat pergerakkan bayi. Sedangkan kebebasan pergerakkan bayi menggalakkan pertumbuhan fungsi otak bayi.

Tingkat 1- Menyelar

Bila ditiarapkan diatas crawling track (CT) bayi akan secara otomatik bergerak mengikut refleks yang dikawal olih saraf tunjang dan Medula dipangkal otak, kedua kaki dan tangan bergerak2 tanpa arah tujuan dan jari2nya akan digenggam. Ini dalam tingkat 1 perkembangan fungsi otak. Sebaiknya bayi diletakkam dalam crawling track sebayak 10 kali sehari semalam.

Bayi seterusnya akan mengerakkan tubuhnya dan cuba mengawal pergerakkan kaki dan tangan serta memusingkan badannya. Tapi CT bolih menghadkan gerakakn bayi yang cuba memusing, olih itu bayi juga perlu Crawling Mat [CM] atau tikar vinyl  ukuran 4 x 4 kaki peregi yang diletakkan atas carpet. Sebaikknya kegunaan CT patut diselang selikan dengan CM.

Penting bagi ibu dan bapa untuk memberi galakkan kepada bayi untuk menyalar kedepan. Pada mula pergerakkan kaki dan tangan tiada teratur dan tanpa susunan serta ketiadaan arah tujuan, kaki dan tangan kanan atau kedua2 tangan atau kedua2 kaki munkin bergerak serentak. 

Apabila tangan kanan dan kaki kiri bergerak serentak dan kemudian diikuti gerakan tangan kiri disertai kaki kanan. Ini digelar gerakkan cross pattern. Pergerakkan saperti ini sangat berkesan untuk bayi maju kedepan atau mundur kebelakang. Apabila bayi bolih maju kedepan sejauh 2-3 kaki dalam tempoh 10 minit, ia dianggap masuk keTingkat 2 Perkembangan fungsi otak dimana pergerakkan anggota mula  dikawal olih Pon dalam pangkal otak. Jika bayi diberi banyak peluang menyalar ia bolih naik dari Tingkat 1 kepada Tingkat 2 dalam masa satu bulan, sedangkan yg normal tanpa rangsangan ini berlaku pada umor dua bulan setengah.

 Tingkat2 - Menyelar/ crawling

Galakkan bayi meyalar sebanyak2  munkin dengan CT dinaikkan pada hujungnya menjadikan ia sloping keatas sebagai satu cabaran kepadanya. Juga biarkan ia meyalar kemana2 diatas lantai  dalam rumah tapi tentukan ia tidak mencapai sesuatu yang merbahaya saperti wayar letrik atau bahan2 toxik.

Ibu atau bapa sebaiknya menyalar bersama2 serta memberi galakkan kepada bayi. Letakkan sesuatu saperti toy untuk dia cuba mencapai. Jika bayi diberi peluang menyalar 15 kali atau lebih sehari, tidak lama kemudian ia akan menyalar dengan cross pattern dan bolih capai jarak 150 kaki dalam sehari. Apabila sudah lancar dan mahir menyalar, bayi akan cuba mengangkat badan dari atas lantai dan ini permulaan bayi Merangkak (creep). Ini menandakan bayi masuk ketingkat 3 perkembangan fungsi otak. Ia bolih dicapai pada umor bayi tiga bulan setengah(3 1/2), sedangkan bayi tanpa rangsangan mencapai tingkat 3 pada umor 7 bulan.

Tingkat 3 - Merangkak/ creeping

Setelah banyak dan aktif menyalar serta bergerak dengan cross pattern, bayi mula mengangkat tubuh  dari lantai diatas kedua lutut dan tapak tangan dan terus merangkak (creeping). Bila ini berlaku kawalan berpindah dari pon dalam pangkal otak keatas ditengah otak (mid brain). Ketika ini bayi tidak lagi perlu CT dan alat bolih diagihkan kepada bayi lain.

Bayi masih banyak menyalar disamping merangkak. Ia akan bergerak merata2 dan sebaiknya ibu atau bapa merangkak bersama2 sebagai galakkan dan gunakan mainan/toys untuk dikejar dan dicapai. Jadikan ia sebagai aktibi brmain dan berseronok. 

Dalam tingkat 3 perkembangan otak (midbrain function) sasarannya ialah bayi merangkak sejauh 400 ela sehari.( Dalam tingkat 1 - fungsi saraf tunjang dan medulla - sasarannya ialah bayi menyalar 2-3 kaki tanpa henti dalam 10 minit. Manakala dalam tingkat 2 - fungsi otak Pon - sasarannya ialah bayi menyalar 150 kaki sehari ). Bagaimana dan berapa lama tempoh untuk capai sasaran/target bergantong kepada penglibatan ibu bapa.

Bayi dipakaikan baju lengan panjang dan seluar panjang serta setokin untuk merangkak. Lantai yang berlapis carpet adalah lebih sesuai. Glenn Doman cadangkan 20 - 30 sessi merangkak  sehari untuk cepat capai target. Pada mulanya sesi pendek dan dipanjangkan sikit demi sikit.

Bayi terus digalakkan merangkak sehingga satu hari nanti ia mula memegang tiang kerusi atau meja dan akan cuba berdiri dan seterusnya ia cuba capai kerusi atau meja lain dan cuba berjalan pula. Pergerakkan ini digelar cruising atau tateh. Dengan banyak berlatih dan bertateh akhirnya ia bolih mengambil satu dua langkah dengan sendirian. Ini bermakna bayi telah meninggalkan tingkat 3 menuju ke tingkat 4 perkembangan otak dimana ia mula dikawal olih cerebral cortex iaitu bahagian otak teratas sekali. 

Jika pencapaian ini bolih berlaku ketika bayi masih berumor 6 bulan, bayi ini insha Allah akan jadi seorang GENIUS mengikut pendapat pakar otak Glenn Doman.

Aktibiti imbangan / balancing

Aktibiti imbangan atau balancing adalah bertujuan untuk membolihkan bayi bergerak dalam ruang bebas. Mengkukuhkan bahagian otak, iaitu vestibular system,  yang mengawal balance adalah penting agar akan menjadi lebih lincah lagi dalam aktibiti saperti gimnastik, diving, flying dan lain2. Tidak takut ketinggian dan mudah mabuk perjalanan atua berputar2 badan.

Bayi bolih dipusingkan, digolek dan putar2kan secara perlahan2. Diantara aktibiti2 yang bolih dilakukan keatas bayi adalah saperti berikut;

1. Membuaikan bayi (rocking). Letakkan bayi diatas tikar getah dan kedua tangan ibu memegang bayi. Kemudian  dibuaikan bayi kekiri kekanan, serta mengiringkan bayi ketika dibuaikan.

2. Menghayun bayi (swinging). Apabila bayi sudah mengangkat kepala dengan teguh, ibu pegang dari belakang bayi dan kemudian menghayun kedepan kebelakang, serta kekiri dan kekanan.

3. Berpusing (spinning). Dengan ibu pegang bayi secara medakapnya, ibu berpusing2/putar . tentukan ibu tidak pening.

4. Timang bayi. Orang melayu memang biasa menimang bayi bila bayi sudah kuat tubuh dan anggota kaki dan tangan. Biasanya dilakukan olih bapa dengan memegang bayi pada kedua ketiak dan seterusnya melontar keatas dan ditangkap balik sambil menyanyikan lagu timang tinggi2.

5. Bayi kepal kebawah (upside down). Ibu atau bapa duduk atas kerusi dengan kedua kaki merapat. Letakkan kepala bayi atas keila bayai sudahdua lutut dan biarkan menggelungsur kebawah, pegang kuat kedua kaki bayi. Ibu mula berdiri dengan memegang kedua kaki bayi , sambil kepala bayi tergantung kebawah selama 5 - 10 saat. 

Kemudian ibu duduk semula atas kerusi dan kepala bayi diantara dua kaki ibu dan seterus bayi diangkat badan dan kepala kearah atas.

6. Bergantung dan Besenggayut (brachiating).

 Aktibiti2 tersebut adalah untuk meningkatkan kemampuan pernafasan bayi dan seterus meningkatan bekalan oksijen kepada otak. Biasanya bayi akan menggenggam jari ibunya (grasping reflex). Lakukan exercise ini apabila bayi sudah mengawal kepala dan kakinya ada kekuatan untuk berdiri dengan sokongan.

Dudukan bayi atas katil berdepan dengan ibu,  dan kedua ibu jari (thumbs) ibu diletakkan pada tapak tangan bayi yang akan terus menggengam. Jari2 ibu yang lain diletak belakang tapak tangan bayi.

Juika genggaman bayi kuat cuba angkat bayi dari duduk kepada berdiri. Perlu pembantu atau bapa berdekatan untuk menangkap jika bayi terlepas genggaman. Seterusnya jika bayi masih genggam kuat ibu bolih angkat bayi sehingga bayi tergantung untuk beberapa saat dan diulang2.

Bila anak telah capai umor 2-3 tahun baru bolih cuba bergantung dan senggayut ditempat permainan kanak2. Exercise ini akan meningkatkan sistem pernafasan.

 

Meningkatkan bunyi dan pernafasan

Bayi yang membuat banyak bunyi bising saperti menangis sebenarnya baik untuk meningkatkan sistem pernafasan serta kemampuan pertuturan bahasa. 

Jangan terlalu menggelabah bila bayi menangis dengan kuat serta memekikan suaranya. Ramai yang kegelisahan bila situasi begini berlaku. Sabenarnya tangisan dannpekikan bayi membaikki kemampuan percakapan bayi tersebut bila membesar nanti.

Satu aktibiti yang bolih meningkatkan pernafasan ialah dengan menyiarapkan bayi dan digalakkan menyelar. Dalam berusaha menyelar bayi akan menangis. Sambil ia cuba menggerakan kedua tangan dan kaki. Kesemua itu akan memberi kesan positif kepada pembentukan otak bayi.

Seringkali orang2 disekeliling saperti ibu, bapa, nenek , atuk atau lain2 akan rasa gelisah melihat bayi menangis sambil berkata 'kesian' lalu diangkat dan didodoikan. Perbuatan sebegini menyekat dan melambatkan pertumbuhan otak bayi. Kecekalan kadang kala diperlukan kerana tangisan bayi adalah satu kaedah meningkatkan kecekapan pernafasan bayi.

Crawling Track (CT)

Crawling Track (CT) berukuran 6 kaki panjang, 14 inchi lebar dan 8 inchi tinggi. Ia di perbuat dari plywood dan kemudian disalut dengan vinyl atau kulit.
Yayasan Jabal Nur (YJN) sedang berusaha untuk mendapat pembuat dan pembekal alat ini dan akan dijual dengan harga berpatutan.

Crawling Mat (CM)

Crawling Mat (CM) berukran 6 x 6 kaki persegi atau 4 x 4 kaki persegi. Mudah dibuat dari bahan vinyl yang bolih sematkan dengan thumb tack diatas carpet.
CM membolihkan bayi bergerak dan berpusing2.

Iman on Crawling track

Iman baru berumor 48 hari. Dalam program binaminda kita sejak lahir. Kini sedang giat nak cuba maju kedepan ketika menyalar

Hani menunjukkan perkembangan terbaik

Hani berumor 7 bulan peserta bayi terulong. Telah menjalani kaedah2 rangsangan jabalnur. Perkembangan minda, fisikal,,emosi dan sosial sangat memberansangkan

Menguatkan imbangan / balancing

Humaira berumor 40 hari dihayung dan berputar clockwise dan anticlockwise sebagai aktibiti mengkukuhkan imbangan (balancing) dengan merangsang vestibular systen dalam otak bayi.