ASTER HOTEL KOMPLEKS YJN

Aster Hotel kini dibuka untuk penginapan...

Dewan D'Mahligai, YJN siap untuk tempahan

Alhamdulillah Dewan D’Mahligai di Kompleks YJN, Bukit Jalil sudah siap untuk disewa bagi berbagai acara :

1. Majlis Perkahwinan. 

Sangat sesuai untuk majlis perkahwinan. Untuk majlis serentak dewan boleh muat sehingga 400 jemputan. Untuk majlis kahwin secara stagger daripada jam 11 pagi hingga jam 4 petang dewan boleh menampung lebih 1,000 jemputan.

Berbagai pakej boleh diaturkan mengikut pilihan masing-masing. Bilik menunggu, bilik pengantin dan beberapa bilik penginapan ada disediakan dengan harga berpatutan.

Lokasi Dewan D’Mahligai di Kompleks YJN Bukit Jalil mudah ditemui. Stesyen MRT Awan Besar terletak hampir berhadapan dengan Kompleks YJN. Kemudahan letak kereta mencukupi.

2. Seminar, kursus dan latihan.

3. Ceramah, majlis kenduri, sambutan hari jadi dan lain-lain.

Dewan dan kemudahan yang berkaitan diuruskan oleh Felda D'Saji, satu anak syarikat Felda yang dikhususkan untuk khidmat catering. Untuk maklumat lanjut tentang Dewan D'Mahligai boleh hubungi Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran Felda D'Saji :

Talian : 03-26988302 / 019-2111601 (Encik Muinuddin Dzukifli)

Email : muinuddin.dz@felda.net.my

 

Alamat Kompleks YJN

Dari Federal Highway KL ke Seremban masuk Kesas Highway ke arah Stadium Bukit Jalil.  Lepas tol plaza Awan Besar masuk kiri untuk naik ke jalan yang menyambungkan Bukit Jalil dengan Jalan Klang Lama.

Belok kiri ke arah Bukit Jalil Golf Club dan terus. Pada simpang lampu trafik pertama belok kanan ke arah Stesyen MRT Awan Besar. Betul-betul selepas bangunan stesyen belok kanan ke arah Taman YARL. Kompleks YJN kelihatan di sebelah kiri jalan.

Kasut Medi Feet

Bila umur meningkat tubuh badan mula jadi lemah khususnya sendi-sendi tumit, pinggang dan tengkok. Kesakitan mula dirasai bila posture kurang baik ketika duduk di pejabat, tulang tunjang melentur tidak tegak; tengkok/ leher mula sakit kerana terlalu banyak tunduk dan tumit sakit kerana berdiri terlalu lama.

Amalkan senaman kuatkan otot-otot pinggang, tengkok dan tumit kaki. Bergerak selalu dengan berjalan kaki atau berbasikal.

Kasut Medi Feet berguna untuk membantu membetulkan balik posture dan alignment.

  • Kasut Medi Feet

    Kasut buatan USA bagi mereka yang mengidap sakit tumit, pinggang dan tulang belakang.

  • Sangat selesa dipakai

    Sila hubungi Pharmville Pharmacy, Kompleks YJN, Bukit Jalil. Pengusaha
    En Shahril 0195780767

  • Kesan terapi tumit saya

    Saya beli sepasang kasut saiz 7 dan telah pakai dengan selesa. Sakit tumit pun mula reda.

Mini Mart My Winkel

  • My Winkel Mart

    SUDAH DIBUKA UNTUK BISNES

  • Menjual berbagai barangan

  • Kedai kepunyaan FELDA

Pembukaan farmasi Pharmville

Pharmville merupakan penyewa pertama bagi YJN yang membuka dan memulakan premis perniagaan di Kompleks YJN.

Farmasi ini dipunyai dan diusahakan oleh pasangan suami isteri Shahril dan Aina. Produk-produk yang dijual adalah setanding dengan apa yang terdapat di  gedung-gedung farmasi ternama

  • Farmasi Pharmville

    Terletak di bahagian hadapan Kompleks YJN. Dipunyai dan diuruskan pasangan suami isteri Shahril dan Aina

  • Upacara buka Farmasi

    Pembukaan secara rasmi oleh Pengerusi YJN Dato Dr Hamid Arshat

  • Doa selamat oleh Ahli Keluarga

    Ahli keluarga Shahril dan Aina serta rakan-rakan hadir ke majlis tahlil dan doa selamat sebelum upacara resmi pembukaan.